Home Blog Agriculture Vanilla tanaman berimpak tinggi dan nilai pasaran yang menguntungkan
Vanilla tanaman berimpak tinggi dan nilai pasaran yang menguntungkan

Vanilla tanaman berimpak tinggi dan nilai pasaran yang menguntungkan

Ini adalah hasil tanaman vanilla saya sendiri, yang di tanam di belakang rumah tetapi hanya 40 pokok sebagai penanaman percubaan serta pembelajaran untuk diri sendiri. Pada masa sekarang pokok vanilla ini dalam lingkungan 2 tahun.

Vanilla ialah sejenis tanaman yang sama dengan keluarga orkid dan memerlukan teduhan daripada cahaya matahari sehingga 30 – 50% maka pada permulaan ini saya menyediakan rumah teduhan untuk tanaman ini berlindung.

Yang bagusnya tumbuhan vanilla ini mampu meraih pulangan lumayan meskipun dengan keluasan tanah yang kecil.

Apa yang berharga pada vanilla ini ? Bahagian yang bernilai bagi tanaman vanilla adalah buahnya, dari situ kita boleh ekstrak untuk di jadikan perisa.

Harganya pada masa sekarang angaran sekilogram produk kasar bernilai RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada gred. Dengar memang bagus kan tapi pokok vanilla hanya akan mula berbuah setelah dua tahun ditanam ada juga yang menunggu sampai 3-4 tahun.

Tanaman vanilla sebelum berbuah, bunganya perlu didebungakan secara manual. Inilah kerja yang agak merumitkan sebab ada tempoh masa, pendebungaan perlu dijalankan di waktu pagi sebelum jam 12 tengahari, jika terlambat buka akan layu.

Gambar yang saya tunjukan ini adalah kali pertama pokok vanilla saya berbuah setelah hampir 2 tahun di tanam.
Buah vanilla akan di petik apabila mencapai kematangan. Kebiasaan buah yang matang menukar ke warna hijau pudar dengan bahagian hujungnya berwarna kuning sedikit. Kutipan hasil mesti dibuat sebelum hujungnya pecah kerana ia akan menurunkan kualiti buah. Jika hendak menanam boleh cuba dulu tanam 2-3 pokok di pekarangan rumah, sambil-sambil tu boleh la cuba fahami tentang pertumbuhan pokok vanilla ini.

Add comment

Sign Up to receive the latest updates and news

Kuching,Sarawak Malaysia
Follow our social media
© 2025 Sinyam.com | All rights reserved.