
Camping di Bung Bratak Heritage Centre
Camping bukan sahaja semata-mata hendak seronok tapi mengumpul detik-detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Aktiviti kali ini berada di Bung Bratak Heritage Centre lebih kurang 39KM dari bandar Kuching,Sarawak yang terletak di kampung Tembawang Sauh. Tempat ni merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak.
Pada musim panas, tiba lah masa yang paling sesuai untuk kita mencipta memori baru bersama keluarga dan rakam-rakan. Generasi muda juga berhak untuk menikmati detik-detik bahagia di luar sekolah. Oleh yang sedemikian, aktiviti musim panas yang menyeronokkan juga memberi peluang kepada orang dewasa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka dan juga sesama rakan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri sambil membuang penat bekerja.
Di Bung Bratak Heritage Centre anda bukan sahaja dapat bercamping malah dapat juga melakukan aktiviti hiking dengan ketinggian 161 mdpl. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke puncak. Jika berminat memang tiada masalah, bagi yang sayang lemak teruskan rehat.


Kumpulan kami kali ini agak ramai, tapi jika tak ramai mana best kan. Untuk makluman camping bukan sahaja satu terapi, tetapi sudah jadi satu aktiviti pilihan. Sekian.