Nak camping ini barang yang wajib bawa

Nak camping ini barang yang wajib bawa

Bila dengar saja camping mesti terfikirkan nak bawa apa pergi bersama. Dah semestinya lah bawa kemah, jika tak bawa nak tidur kat mana pula kan. Tapi bukan itu maksud saya, jika boleh cuba bawa semua barang keperluan.

Kebarang kalian ini adalah kali pertama untuk mencuba aktiviti ini, anda boleh rujuk kepada perkongsian saya ini sebelum anda pergi bercamping. Barang-barang yang saya senaraikan ini wajib ada.

21 barang wajib di bawa

  1. Peti Kecemasan

Ini merupakan item yang sangat penting perlu dibawa ketika anda hendak melakukan aktiviti perkemahan. Sebab anda sudah jauh dari bandar, apa tah lagi jika anda berada di dalam hutan. Jika ada sediakan peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya ia dapat memberi pertolongan awal semasa berlaku kecemasan.

2. Pemetik Api

Jika tak ada pemetik api tak tahu lah bagaimana anda nak masak atau hidupkan api.

3. Portable gas stove

Stove ini untuk kita masak makanan, air dan sebagainya. Pastikan ambil jenis yang portable supaya kecil dan mudah di bawa.

4. Butane Fuel

Dah bawa portable stove tak kan tak bawa butane gas kan, bagaimana nak masak jika api tak ada.

5. Powerbank

Dalam hutan tu macam-macam boleh berlaku, jika boleh bawa lah 2 atau 3 powerbank. Selain di gunakan untuk mengecas telepon bimbit ianya boleh di gunakan untuk hidupkan lampu.

6. Lampu Suluh

Bila malam memang takan nampak apa-apa, lampu suluh lah yang kan jadi mata kedua.

7. Pisau Lipat, Parang Dan Guntin

Parang untuk kita potong kayu supaya kita dapat buat ungun api, boleh juga halang haiwan buas serta nyamuk.

8. Cawan, Pingan, Sudu, Periuk Atau Mess Tin Dan Ceret

Bagaimana nak makan atau minum nanti jika cawan, pingan dan sudu tak ada kan. Cerek untuk kita masak air, periuk pula untuk masak makanan.

9. Mosquito Repellent

Penyembur serangga atau nyamuk, ini mampu melindungi anda daripada digigit nyamuk.

10. Tali

Sangat berguna. Ia mempunyai banyak kegunaan diantaranya ialah untuk membuat khemah, membuat tripod untuk memasak air, membuat sidaian baju, mengikat sesuatu dan sebagainya.

11. Makanan Segera

Boleh sediakan mee segera, makanan dalam tin, kopi, biskut atau apa sahaja yang anda suka makan. Saya cadangkan bawa makan yang kering supaya senang nak simpan.

12. Kain Pengelap

Banyak kegunanya selain untuk lap meja selepas makan,

13. Plastik Sampah

Selepas berkemah mesti kita akan hasilkan sampah, jika nak bumi ini bersih masukan sampah dalam beg plastik dan buangkan dekat tempat sepatutnya.

14. Kipas Portable Bersize Kecil

Ada orang tak biasa tidur tanpa kipas, jadi kepada mereka yang seperti ini jangan lupa bawa kipas.

15. Drinking Water

Ini salah satu item yang paling wajib, selain untuk di minum ketika dahaga, boleh juga diguna untuk memasak, takan nak minum air sungai.

16. Kemah

Misi kita ialah berkemah, tak ada kemah nak berteduh kat mana pula jika hujan.

17. Flysheet

Flysheet atau dikenali dengan nama “Tarp Tent” ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya, pelindungan tambahan untuk kemah, tempat memasak, lepak dan sebagainya.

18. Camping Mat

Menjadi barang yang harus dibawa saat anda camping. Selain dijadikan sebagai alas agar kemah tidak kotor, camping mat mencegah suhu dingin dari tanah naik ke atas.

19. Kerusi Dan Meja Camping

Meja untuk kegunaan kita masak dan makan, kerusi pula untuk kita duduk. Baru terasa camping jika ada dua benda ni. Duduk sambil menhirup kopi.

20.  Sleeping Bag

Jika tiada ini, anda boleh bawa tilam angin dan selimut. Ikut mana yang selesa dan mudah di bawa.

21. Lampu Solar

Tiada lampu bergelap la jawapnya.

Ok lah ini hanya short list dan benda yang wajib perlu anda bawa ketika hendak bercamping, sebenarnya ada banyak lagi. Dan dikatakan apa yang ada dekat rumah tu kena bawa semua. Selamat bercamping dan di minta berhati-hati dalam hutan tu,  banyak haiwan buas dan berbisa.

Add comment

Sign Up to receive the latest updates and news

Kuching,Sarawak Malaysia
Follow our social media
© 2025 Sinyam.com | All rights reserved.