
ZTE Nubia V60 telefon mudah alih mampu milik
Nak telefon murah tapi spesifikasi berbaloi ? inilah masa dia memperkenalkan ZTE Nubia V60 kini sudah mulai di jual dengan harga RM588 di seluruh Malaysia. Juga boleh di dapati dari stor rasmi ZTE Malaysia di Shopee.
Sememangnya boleh dijangka ia memiliki prestasi yang rendah setanding dengan harganya. Nubia V60 menggunakan cipset Unisoc T616, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia juga memiliki fungsi RAM dinamik di mana membolehkan pengguna menambah menjadi 20GB (8GB+12GB Dynamic RAM).
Untuk bateri ZTE V60 di kuasakan dengan bateri berkapasiti 5000mAh jadi tak menjadi masalah untuk pengguna seharian. Kuasa mengecas pula ialah 22.5W melalui USB-C.
ZTE mengenakan kamera di bahagian hadapan dengan resolusi tinggi 32MP. Untuk di belakang pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP + 2MP + 2MP.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi ZTE Malaysia